Foto Instagram Sergio Ramos.

MADRID –  Sergio Ramos komited untuk kembali beraksi di atas padang pada bila-bila masa walaupun mengalami kecederaan patah tulang hidungnya ketika beraksi bertemu Atletico Madrid, semalam.

Kapten Los Blancos itu dikeluarkan selepas bertembung dengan pemain Atletico, Lucas Hernandez.

Pertahanan tengah kental itu turut memuatnaik gambar hidung berdarah di laman Instargramnya.

Pemain antarabangsa Sepanyol menulis kepsyen:”Saya mungkin berdarah beribu kali bersama logo dan jersi ini. Terima kasih.”

Sementara itu, skuad bimbingan Zinedine Zidane terpaksa bermain tanpa Ramos sepanjang separuh masa kedua.

Perlawanan di Wanda Metropolitan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.- MalaysiaGazette