Home Ekonomi Sime Darby gantung urus niaga pada 27 Nov ini

Sime Darby gantung urus niaga pada 27 Nov ini

KUALA LUMPUR – Sime Darby Bhd akan menggantung dagangannya pada 27 November ini untuk memudahkan pengagihan saham berikutan pengasingan syarikat kumpulan itu.

Hari terakhir dagangan saham Sime Darby adalah pada Jumaat ini (24 Nov), kata Sime Darby dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Semalam, pemegang saham Sime Darby telah meluluskan pelaksanaan pengasingan dalam satu mesyuarat agung luar biasa.

Ia melibatkan dua syarikat iaitu Sime Darby Plantation Bhd dan Sime Darby Property Bhd, selain Sime Darby dan pengagihan saham dalam dua entiti baru kepada pemegang saham Sime Darby sedia ada.

Sime Darby berkata, apabila selesai pengagihan, para pemegang saham berhak akan memegang saham Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property dalam bahagian yang sama seperti pegangan sahamnya di Sime Darby.

Saham Sime Darby akan menyambung semula dagangan pada hari penyenaraian Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property, yang dijaduan berlangsung pada 30 November. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast