Maglin Dennis D'Cruz

KUALA LUMPUR – Parti myPPP akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan ke-64 parti itu pada 10 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Presidennya, Tan Sri M.Kayveas berkata, perhimpunan kali ini merupakan persidangan terakhir untuk parti komponen BN itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Perhimpunan agung myPPP kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Perhimpunan kami menyusul selepas Perhimpunan Agung UMNO bermula 3 Disember ini,” katanya pada sidang media sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi myPPP di Kampung Attap hari ini.

Mengulas lanjut, perhimpunan kali ini akan memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan parti menghadapi PRU-14 yang dijangkakan sekitar April depan.

“Agenda utama prhimpunan agung kami kali ini adalah PRU-14, pengundi dan strategi untuk memenangkan BN,” jelasnya lagi.

Malah katanya Perhimpunan Agung Wanita myPPP Kebangsaan akan berlangsung esok dan akan dirasmikan oleh Ketua Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil manakala Perhimpunan Pemuda myPPP dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Ahad ini.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.