Serangan yang mengorabankan 235 jemaah di Masjid al-Rawdah.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa amat terkejut terhadap serangan keganasan di sebuah masjid di Mesir semalam (Jumaat), yang mengakibatkan  235 jemaah terbunuh.

“Amat terkejut dengan serangan ke atas jemaah yang tidak bersalah di Masjid al-Rawda, Mesir. Ingatan dan doa saya bersama-sama mangsa dan anggota keluarga tersayang mereka,” kata perdana menteri di laman Twitter beliau hari ini.

Sekurang-kurangnya 235 jemaah dilaporkan terbunuh manakala 100 lagi cedera dalam serangan pengganas di masjid terletak di utara wilayah Sinai itu dipercayai sememangnya mensasarkan jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Sehingga kini tiada mana-mana pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – MalaysiaGazette