Mesut Ozil

LONDON – Mesut Ozil dilaporkan sudah bersedia membuka rundingan dengan Barcelona untuk menyelesaikan proses penghijrahan ke Nou Camp  pada hujung musim ini.

Kelab gergasi Sepanyol itu sangat serius untuk mendapatkan khidmat bintang Arsenal berusia 29 tahun itu.

Ia sekali gus memberi dilema kepada Pengurus the Gunners, Arsene Wenger untuk melepaskan pemain antarabangsa Jerman itu secara tunai pada jendela perpindahan musim sejuk Januari ini.

Memandangkan kontrak bekas pemain Real Madrid di Emirates berakhir akhir musim ini, dia boleh berunding dengan Barcelona pada tahun baru 2018.

Pemain itu menjadi pilihan utama melengkapkan perpindahan ke La Liga semula.

Selain itu, Paris Saint Germain merupakan antara kelab gergasi Eropah yang bersedia untuk menawarkan gaji £330,000 seminggu atau RM1.8 juta setelah kontrak pemain itu tamat.

 

Manchester United juga mengintai rapat Ozil walaupun tiada sebarang kata putus dari pemain itu mahupun agen yang bertanggungjawab setakat ini.

Arsene Wenger mengakui bahawa cinta dan kesetiaan Ozil tidak cukup untuk memastikan pemain itu kekal di London. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast