KUALA LUMPUR – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang menjadi lokasi Perhimpunan Agung UMNO minggu depan, menyediakan lebih 1,400 petugas bagi memastikan perhimpunan agung itu berjalan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata jumlah itu termasuk 1,000 orang petugas sambilan yang diambil untuk membantu kakitangan tetap.

PWTC turut menitikberatkan aspek keselamatan dengan menempatkan mesin pengimbas badan di setiap pintu masuk utama ke PWTC, katanya kepada pemberita selepas majlis ikrar servis terbaik daripada warga PWTC bersempena Perhimpunan Agung UMNO, di PWTC hari ini.

Seramai 5,739 perwakilan dijadualkan menghadiri perhimpunan agung lima hari itu bermula 5 Dis.- BERNAMA