Home Dunia Putera Harry, Markle berkahwin Mei depan

Putera Harry, Markle berkahwin Mei depan

Putera Harry dan Meghan Markle

LONDON – Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle akan melangsungkan perkahwinan di Gereja St George dalam Istana Windsor pada Mei depan.

Menurut kenyataan Istana Kensington, tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Keluarga diraja England itu akan membiayai semua kos termasuk muzik, bunga-bungaan dan majlis resepsi.

Markle, 36, seorang penganut aliran Prostestan akan menjalani upacara pembaptisan dan pengesahan sebelum melangsungkan perkahwinan.

Jurucakap putera itu berkata, Putera Harry dan Markle akan memastikan perkahwinan itu “mencerminkan siapa mereka sebagai pasangan”.

Jason Knauf berkata, Putera Harry, 33, dan Markle mengetuai proses perancangan untuk semua aspek perkahwinan dan akan menggabungkan idea bagaimana orang ramai boleh “merasakan sebahagian daripada perayaan”.

“Pernikahan ini, seperti semua perkawinan, akan menjadi momen indah dan mengembirakan dan kegembiraan yang mencerminkan karakter pengantin,” katanya.

Knauf menggambarkan Windsor merupakan tempat istimewa buat pasangan itu kerana mereka banyak meluang masa bersama di situ sejak berkenalan pada Julai 2016.

Harry, adalah pewaris takhta kelima dan telah mengumumkan pertunangan dengan Markle pada Isnin lalu. – MalaysiaGazette