Home Dunia Pencarian kapal selam ARA San Juan ditamatkan

Pencarian kapal selam ARA San Juan ditamatkan

Kapal selam ARA San Juan milik Argentina yang dilaporkan hilang selepas mengalami masalah teknikal. foto Agensi

BUENOS AIRES – Tentera laut Argentina secara rasmi mengakhiri pencariannya kapal selam San Juan yang hilang dua minggu lalu di Atlantik Selatan dengan 44 anak kapal.

Tentera laut telah beralih misi dari penyelamat kepada penerokaan, menurut jurucakapnya, Enrique Balbi.

Beliau bagaimanapun engan mengesahkan status anak-anak kapal kerana tidak ada bukti kapal karam ditemui di kawasan yang dicari dan usaha menyelamat antarabangsa masih diteruskan dengan harapan mereka dapat bertahan.

Hubungan terakhir tentera laut dengan ARA San Juan, kapal yang dibina di Jerman adalah  pada 15 November lalu, ketika ia berlayar di 450 kilometer di Atlantik Selatan dari pantai.

Dalam komunikasi terakhirnya, kapal selam itu melaporkan ia telah mengalami kerosakan mekanikal, menyebabkan litar pintas.

Tiga jam kemudian, terdengar bunyi seperti letupan direkodkan di 48 kilometer,  di mana kali terakhir anak kapal membuat laporan kerosakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast