Home Nasional Seorang lagi rakan Paliyak diburu

Seorang lagi rakan Paliyak diburu

Ramli DIn

KOTA KINABALU – Polis sedang giat memburu seorang lagi ahli Kumpulan Remy yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu pada tiga tahun lalu.

Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, suspek diburu selepas berjaya menembak mati Abu Paliyak atau dikenali sebagai Komander Paliyak di kawasan perairan Pulau Kantong Kalongan, di Lahad Datu, semalam.

Kumpulan itu cukup terkenal dengan aktiviti culik untuk tebusan

Menurut beliau, Kumpulan Remy dianggotai 11 orang ahli, yang mana lima sudah ditembak mati dan lima lagi ditahan di Filipina.

“Kumpulan ini sudah hampir lumpuh, cuma seorang lagi sahaja yang masih bebas,” katanya selepas merasmikan program Inisiatif Pesara Polis Sabah.

Ramli berkata, polis sedang bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina bagi mengesan suspek. – MalaysiaGazette