Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Malaysia Gazette sambil melihat gambar sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2017 ke 71 ketika melawat Laman Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 08 DISEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Berikutan pihak Hamas dan Turki yang mahu Malaysia menjadi orang tengah dalam krisis yang menyelubungi Baitulmaqdis Perdana Menteri akan mengulasnya semasa penggulungan Presiden UMNO esok.

Datuk Seri Najib Razak, selepas menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebentar tadi, perkara itu akaperlu diperhalusi kerana isu ia melibatkan isu negara luar.

“Saya akan beri ulasan esok pada siri penangguhan (PAU 2017) kerana kita sedang mendapatkan agenda persidangan Task OIC. tetapi Presiden Erdogan telah menghubungi saya, mahu sangat Malaysia dalam sidang kemuncak tersebut.

“Jadi itu adalah petanda bahawa peranan Malaysia dalam isu-isu yang besar seperti Baitulmuqaddis ternyata dihargai oleh kesatuan,” katanya ditemui selepas mengadakan lawatan ke Laman Media PAU 2017 petang ini.

Sebelum ini, Najib menegaskan, Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pendirian tegas itu dizahirkan Najib yang juga Presiden UMNO, ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada PAU 2017 semalam.

Ia ekoran tindakan Presiden Donald Trump yang secara tiba-tiba mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel selain mengambil tindakan memindahkan kedutaan besar negara itu ke wilayah bergolak berkenaan dari Tel Aviv.

Pengisytiharan itu disambut kecaman hebat dunia dan ia mengakhiri tempoh tujuh dekad ketidaktentuan diplomatik mengenai status bandar suci terbabit, yang didakwa dimiliki Israel dan Palestin. -MalaysiaGazette.