Home Dunia Dua rakyat Palestin ditembak mati Israel

Dua rakyat Palestin ditembak mati Israel

Warga Palestine dan tentera Israel bertempur di Semenanjung Gaza.

GAZA – Dua rakyat Palestin ditembak mati di Gaza oleh tentera Israel, kejadian pertama selepas berlakunya kekecohan susulan tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Penunjuk-penunjuk perasaan bertempur dengan askar Israel di Tebing Barat selepas solat Jumaat bagi menzahirkan kemarahan terhadap keputusan Trump.

Seorang lelaki berada di dalam kritikal apabila turut ditembak di kepala dalam kejadian tersebut.

Jumlah penunjuk perasaan dari Palestin berkurangan berbanding pada Khamis, sejurus selepas Trump membuat ucapan kontroversi itu, sekaligus membolehkan askar-askar Israel bersedia untuk menguruskan ketegangan berkenaan dengan mudah.

Lewat malam Jumaat, pesawat-pesawat Israel mengebom di beberapa kawasan sasaran militan di Gaza sebagai membalas serangan roket yang ditembak berhampiran bandar Istael.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 25 orang termasuk enam kanak-kanak tercedera akibat serangan tersebut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast