Home Nasional Mangsa banjir Raub merosot

Mangsa banjir Raub merosot

Gambar arkib

RAUB – Jumlah mangsa banjir di daerah Rabu, Pahang menurun pagi ini kepada 189 orang berbanding 220 yang dicatatkan sehingga tengah malam tadi.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, keadaan air mula surut dan sehingga jam 9 pagi tadi, seramai 104 mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Pia.

Manakala 45 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Chenua, 30 di balai raya Sega Lama dan 10 lagi di balai raya Kampung Temau.

“Tiga PPS sudah ditutup iaitu balai raya Kampung Ulu Sungai, balai raya Ulu Renggol dan Masjid Jamek Kuala Semantan selepas mangsa dibenarkan pulang berikutan air sudah surut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zainal, pemantauan paras air Sungai Lipis menerusi bacaan di Stesen Batu Malim kini berada pada paras normal iaitu 113.52 meter dan menunjukkan penurunan.

Tambah beliau, paras air Sungai Dong dan Sungai Gali juga menunjukkan penurunan dengan bacaan 117.08 meter dan 120.96 meter.-MalaysiaGazette