Home Utama Sultan Selangor berkenan terima kembali darjah kebesaran Tun M

Sultan Selangor berkenan terima kembali darjah kebesaran Tun M

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan titah perasmian dan menyempurnakan perasmian Masjid An-Nur Temasya Glenmarie pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat serta perasmian masjid tersebut di Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 02 JUN 2017
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan titah perasmian dan menyempurnakan perasmian Masjid An-Nur Temasya Glenmarie pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat serta perasmian masjid tersebut di Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 02 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini perkenan menerima kembali darjah kebesaran daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Hasmah Mohd Ali.

Perkara itu disampaikan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais.

“Dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menerima pengembalian semula Darah-darjah dan Bintang Bintang Kebesaran Selangor oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tanpa halangan,” titah Sultan Selangor.

Ujar baginda, tindakan mewartakan pembatalan kurniaan Darjah-darjah dan Bintang Bintang Kebesaran Selangor itu akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.

Semalam, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah membuat kenyataan bahawa mereka berdua telah memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu masing-masing diterima daripada sultan Selangor pada 1978 dan 2003, dan satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Pingat Dr Siti Hasmah yang dikembalikan pula adalah yang diterimanya pada 1983 dan 1994, membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

Tindakan itu dipercayai ekoran rasa kecewa Sultan Selangor terhadap kenyataan Dr Mahathir berhubung isu Bugis.

Pada awal November lalu Sultan Selangor mengingatkan semua pihak supaya tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.

Merujuk kepada ucapan Dr Mahathir pada himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu, baginda bertitah tindakan itu boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. -MalaysiaGazette.