Mesut Ozil

LONDON – Arsenal telah melancarkan cubaan terakhir untuk mengekalkan Mesut Ozil di Emirates.

Gunners masih tidak menyerah kalah untuk memujuk pemain antarabangsa Jerman itu menandatangani kontrak baharu kepada pemain itu yang mempamerkan aksi baik sejak kebelakangan ini.

Arsenal menawarkan gaji sebanyak £235,000 seminggu kepada Ozil sebelum ini namun pasukan itu khuatir rundingan yang diadakan akan menemui kegagalan.

Tawaran baharu menyaksikan Ozil ditawar £300,000 seminggu tetapi masih tidak jelas sama ada pemain berusia 29 tahun itu sedia untuk menurunkan tandatangannya, lapor Daily Mail.

Jika Ozil menyambung kontrak, dia akan menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi dalam sejarah kelab tersebut.

Barcelona dan Manchester United memantau perkembangan terbaharu itu dengan harapan dapat memiliki Ozil menerui perpindahan percuma apabila kontrak semasanya tamat.

Dengan kemungkinan Alexis Sanchez akan kekal selepas tamat musim ini semakin suram, Arsenal memberi tumpuan terhadap Ozil bagi mengelakkan kedua-duanya meninggalkan kelab itu secara percuma pada musim panas ini. – Agensi