Zidane pilihan utama MU
Zinedine Zidane akan jadi pilihan Man United andai kata Jose tinggalkan Old Trafford.

ABU DHABI – Real Madrid kini bersedia untuk bertemu kelab dari Emiriah Aran Bersatu UAE), Al Jazira pada aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab yang mana pemenangnya akan berjumpa kelab Brazil, Gremio pada perlawanan akhir Ahad ini.

Bagaimanapun, sekiranya pemain Real mengutip kad merah pada kejohanan itu, hukuman itu akan dibawa pada perlawanan La Liga.

Apabila Los Blancos beraksi kembali dalam liga domestik, aksi seterusnya ialah pertembungan El Clasico iaitu menentang Barcelona.

Oleh itu, pengurus Real, Zinedine Zidane berhadap pemainnya berkelakuan baik bagi membolehkan mereka berpeluang menghadapi Barcelona pada 23 Disember ini.

“Ia boleh berlaku dan para pemain akan mengingatinya,” kata Zidane mengenai peraturan kad merah.

“Adalah agak sukar bahawa kad merah dalam Piala Dunia Kelab boleh memberi kesan kepada (perlawanan) liga, tetapi saya positif dan saya tahu tiada apa akan berlaku dan (semua pemain) boleh bermain ketika berhadapan Barcelona.

“(Pada masa ini) kami hanya berfikir mengenai Piala Dunia Kelab.

“Kami akan melakukan yang terbaik dalam kejohanan ini, tetapi ia bukannya mudah dan kami perlu layak ke perlawanan akhir,” kata Zidane mengenai peraturan kad merah seperti dipetik Express.

Ketika ini Real menghuni di tangga keempat La Liga, lapan mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Jurang mata itu akan melebar apabila mereka pulang daripada kejohanan Piala Dunia Kelab kerana Barcelona akan menjadi tuan rumah kepada Deportivo pada Ahad ini.

Skuad bimbingan Zidane menghadapi kesukaran pada awal musim ini, malah mangakhiri aksi kumpulan Liga Juara-juara pada tangga kedua, bermakna mereka akan berdepan Paris Saint-Germain pada pertembungan kalah mati 16 pasukan.

Mereka berharap akan menyambung semula kempen La Liga dengan menjulang piala kejohanan yang diadakan di Abu Dhabi pada hujung minggu ini. – Agensi