Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud.

DUBAI – Raja Arab Saudi, Raja Salman bertitah meluluskan langkah-langkah rangsangan pertumbuhan sektor swasta tahun depan bernilai SR72 bilion (AS$19.2 bilion).

Agensi berita negara tersebut, SPA melaporkan, langkah berkenaan merangkumi pinjaman kediaman bernilai SR21.3 bilion, dana untuk menyokong projek ekonomi (SR10 bilion) dan dana untuk menyokong syarikat bermasalah (SR1.5 bilion)

Dana kerajaan bernilai SR2.8 bilion akan ditubuhkan untuk melabur dalam syarikat-syarikat kecil manakala kerajaan akan menyelaraskan yuran yang dikenakan ke atas perkhidmatan bagi membantu syarikat-syarikat kecil berjimat sehingga SR7 bilion.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast