Home Nasional Lorong khas untuk ke Putrajaya, Puchong

Lorong khas untuk ke Putrajaya, Puchong

KUALA LUMPUR – Lorong kanan selepas laluan kontra akan dijadikan lorong khas untuk ke Putrajaya/Puchong yang bermula di KM 28.3 SILK (arah barat) dan berakhir di KM0.9 SKVE (arah barat) bagi mengurangkan kesesakan pada waktu pagi.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Kumpulan PROLINTAS, Ir. Rostam Shahrif Tami berkata, tempoh percubaan akan dilaksanakan mulai 18 Disember 2017 hingga 29 Disember 2017.

Lorong kanan khas ini hanya melibatkan kenderaan ringan kelas 1 akan bermula dari 6.30 pagi hingga jam 8.30 pagi pada hari bekerja.

Kon keselamatan akan diletakkan di sepanjang laluan berkenaan bagi kemudahan dan panduan para pemandu.

“Pengguna yang ingin ke Hospital Serdang dinasihatkan agar tidak melalui lorong kanan sebaliknya melalui lorong tengah atau lorong kiri,” tambah beliau lagi.

Pemantauan akan dibuat di sepanjang tempoh percubaan ini. Para pengguna diingatkan agar peka dengan papan tanda yang dipasang bagi memastikan perjalanan yang lancar. – MalaysiaGazette