Home Dunia 12 pekerja manisan maut dalam kebakaran

12 pekerja manisan maut dalam kebakaran

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa- mangsa yang terperangkap dalam kebakaran di kedai manisan di Mumbai.

MUMBAI – Seramai 12 orang mangsa yang diselamatkan dalam satu kebakaran di kedai manisan di Mumbai maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mangsa-mangsa merupakan kakitangan kedai berkenaan yang turut menetap di situ.

Kebakaran itu berlaku sekitar 4 pagi waktu India dan api bermula di tingkat bawah kedai menyebabkan pekerja-pekerja terperangkap.

Punca kejadian belum lagi dipastikan kerana siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast