Ginney Chew

ALOR SETAR – Penaja utama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahu Menteri Besar, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah kekal sebagai presiden.

Pengarah ECK Development Sdn. Bhd., Puan Seri Ginney Chew berkata, sekiranya Ahmad Bashah berhasrat melelapskan jawatan itu, pihaknya juga akan membuat pertimbangan semula untuk meneruskan dana.

“Selaku penaja utama, kami ingin menyatakan bahawa kerterujaan kami dapat menaja pasukan bola sepak Kedah dan pada masa yang sama berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan seorang pemimpin KFA yang hebat, menghormati semua pihak dan sentiasa bersedia berbincang demi kepentingan pasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ginney, secara peribadi beliau mengambil berat tentang apa-apa yang berlaku kepada skuad berkenaan sehingga saya menganggap bola sepak Kedah sebagai satu lagi “passion” dalam kehidupannya.

“Apabila timbulnya isu sorokan negatif atau boooo semasa Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 mahupun desakan supaya Ahmad Bashah melepaskan jawatan selaku Presiden KFA saya menjadi amat terguris.

“Saya amat kecewa perkara itu berlaku terhadap Menteri Besar yang saya kenali sangat sayang pasukan Lang Merah dan beliau tidak pernah jemu memberi sokongan sepenuh hati terhadap pasukan hijau kuning itu,” katanya.

Beliau juga menceritakan bukti Ahmad Bashah prihatin dengan KFA apabila permintaannya supaya jurulatih Ramon Marcote dipersetujui oleh dipersetujui oleh Ahmad Bashah.

“Semasa saya mencadangkan agar Kedah mengaji Ramon Marcote sebagai jurulatih utama, dengan memberi keyakinan bahawa corak latihan jurulatih itu sesuai untuk pemain Kedah dan beliau disukai peminat dan penyokong pasukan Kesah, Menteri Besar telah menyatakan kesediaan beliau untuk melihat perkara itu dengan serius.

“Dan sekarang terbukti janji beliau ditunaikan apabila Ramon Marcote sudah dilantik sebagai jurulatih,” katanya.- MalaysiaGazette