TOKYO – Syarikat Jepun, JX Nippon Oil & Gas Exploration mengesahkan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah menganugerahkan hak minyak dan gas bagi medan gas Beryl yang terletak di pantai Malaysia kepada mereka.

JX Nippon dalam kenyataannya berkata, Petronas telah meluluskan pelan pembangunan kepada medan tersebut.

Menurut syarikat itu lagi, Beryl dijadualkan mengeluarkan gas pertamanya pada November tahun depan dengan puncak pengeluaran dijangka sekitar 23,000 tong sehari.

Gas tersebut akan dijual kepada pengguna gas asli cecair (LNG) termasuk pembeli Jepun. – MalaysiaGazette