Ahmad Bashah bersama penaja utama, ECK Development Sdn Bhd. - Foto Facebook KFA

ALOR STAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mendapat peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 berbanding RM27 juta tahun ini bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan dalam memastikan Lang Merah bersedia menghadapi cabaran musim depan.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, daripada jumlah RM30 juta itu, sebanyak RM18 juta diterima daripada penaja utama, ECK Development Sdn Bhd.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mendapatkan khidmat lima pemain import dan buat masa sekarang kami mempunyai dua pemain import lama iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi.

“Kami masih mencari tiga pemain import dan ia dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2018 bagi membolehkan pasukan bersiap sedia untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Februari nanti,” katanya kepada Bernama selepas mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-42 di Wisma Darul Aman, semalam.

Katanya, pemilihan tiga pemain import itu akan dibuat oleh Ramon Marcote sebagai jurulatih utama dalam usaha untuk membina pasukan yang kuat sebelum ia akan dimuktamadkan bersama KFA. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast