Jose Mourinho. Foto Metro.

MANCHESTER – Jose Mourinho membayangkan beberapa pemain yang bermain menentang Bristol City mungkin tidak akan beraksi menentang Leicester City hujung minggu ini.

Kenyataan itu pasti memberi kecewaan buat Matteo Darmian, Luke Shaw dan Daley Blind yang beraksi dalam perlawanan itu.

“Realitinya adalah pemain yang berada di padang hari ini (semalam) adalah pemain yang tidak berada dalam perlawanan terakhir kami.

“Mereka juga tidak akan berada dalam perlawanan seterusnya,”  katanya pada sidang media selepas kekalahan mengejut Manchester United 1-2 kepada Bristol City dalam saingan Piala Liga Carabao awal pagi semalam.

Mengulas lanjut, Mourinho berkata, pasukannya tidak layak kalah namun lawan mereka bernasib baik.

“Saya fikir mereka menjaringkan gol ketika tiada siapa yang mengharapkan mereka menjaringkan gol, kami menjaringkan gol ketika kami adalah pasukan yang paling kuat. Secara fizikal dan mental.

“Tetapi kami adalah pasukan yang mempunyai peluang (menjaringkan gol), semua orang sedang menunggu untuk gol kami. Kami mempunyai dua kali peluang terkena tiang/palang.

“Kami adalah pasukan yang mempunyai kekuatan di kaki kami walaupun untuk bermain dalam masa tambahan dan mereka menjaringkan gol ketika kami tidak mempunyai masa untuk bertindak balas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast