SONGKLA, 22 Dis -- Polis Thailand menahan tiga lelaki dan merampas 520kg ganja daripada sebuah lori di Songkla yang didakwa cuba diseludup masuk ke Malaysia kira-kira 2 pagi semalam (waktu tempatan). -- fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

SONGKLA – Polis Thailand menahan tiga lelaki dan merampas 520kg ganja dianggarkan bernilai Baht 8 juta (RM1 juta) yang cuba dihantar ke Hatyai untuk diseludup ke Malaysia.

Ketua Biro Pencegahan Narkotik Wilayah ke-6 Kol Sompong Suwawong berkata dadah tersebut ditemui dalam muatan sebuah lori pada satu sekatan jalan raya di Songkla kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan.

Beliau berkata lori terbabit dari Udon Thani dan sedang menuju ke Hatyai untuk menghantar muatan ganja tersebut.

“Lori tersebut ditahan hasil maklumat risikan. Dadah itu dipercayai akan diserahkan kepada rangkaian pengedar dadah selatan Thai di Hatyai untuk diseludup ke Malaysia,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu adalah pemilik lori berkenaan berusia 45 tahun dan pemandu serta pembantunya, masing-masing berusia 24 dan 31 tahun.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast