Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).
KUALA LUMPUR – Saham Tenaga Nasional Bhd (Tenaga) di Bursa Malaysia meningkat semasa awal dagangan hari ini selepas kerajaan membuat beberapa pengumuman yang dilihat memberi manfaat kepada syarikat tenaga nasional itu.

Setakat 11 pagi ini, kaunter itu naik 14 sen kepada RM15.12 dan 700,800 saham bertukar tangan.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan saranan “beli” ke atas TNB dengan harga sasaran tidak berubah RM16.20 selama 12 bulan akan datang.

“Kerajaan mengumumkan jadual tarif sedia ada akan dikekalkan pada tempoh kawal selia kedua (RP2) (2018-2020). Berdasarkan tarif purata semasa Tenaga yang bergerak sekitar 1 sen/kWh lebih tinggi berbanding tarif asas (38.5 sen/kWh) pada RP1 (tempoh kawal selia pertama, 2014-2017) disebabkan perubahan campuran pelanggan, kami yakin ini mungkin peningkatan tarif asas RP2 sebanyakkuantum yang sama (+2.6 peratus).

“Rebat tarif semasa sebanyak 1.52 sen/kWh di Semenanjung Malaysia akan diteruskan pada separuh pertama 2018, yang akan dibiayai secara langsung oleh kerajaan,” menurut Maybank IB.

Maybank IB berkata, kerajaan juga akan membiayai surcaj tarif 0.28 sen/kWh pada separuh pertama 2018, oleh itu termasuk rebat, kerajaan memberi subsidi 1.8 sen/kWh berjumlah kira-kira RM929 juta.

“Kami menyaksikan peluang seterusnya untuk Tenaga membuat penilaian semula (ke atas sahamnya) memandangkan mekanisme kesan pindahan kadar akhirnya tiada,” menurutnya.- BERNAMA