TEBING BARAT – Palestin telah memanggil balik wakilnya ke Amerika Syarikat untuk “rundingan”, beberapa minggu selepas Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqdis sebagai ibu kota Israel.
Menteri Luar Palestin Riad al-Maliki meminta duta Pertubuhan Pembebasan Palestina (PLO) Husam Zomlot pulang, lapor agensi berita Palestin Wafa.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, beliau tidak akan menerima sebarang pelan perdamaian Amerikat Syarikat ekoran tindakan Trump itu.
Protes dan pertempuran berlaku di Semenanjung Gaza selepas pengumuman itu.
Sebanyak 13 warga Palestin terbunuh dalam keganasan sejak Trump membuat pengumuman tersebut, kebanyakannya bertempur dengan tentera Israel.
Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang menyeru Amerika Syarikat untuk membatalkan keputusan itu disokong oleh Perhimpunan Agung.
Status Baitulmuqdis berada di tengah-tengah konflik Israel-Palestin.
Israel menduduki timur bandar, yang sebelum ini diduduki oleh Jordan pada perang Timur Tengah 1967 dan menganggap seluruh bandar sebagai ibu negaranya.
Rakyat Palestin pula mahu Baitulmuqdis Timur dijadikan ibu kota negara itu masa depan dan status itu akan dibincangkan di peringkat akhir perundingan damai.
Semalam, Abbas menegaskan bahawa Baitulmaqdis sebagai “ibu kota orang-orang Palestin yang abadi”.
Kedaulatan Israel ke atas Baitulmaqdis tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan semua negara kini mengekalkan kedutaan mereka di Tel Aviv.
Walau bagaimanapun, Presiden Trump telah memberitahu Jabatan Negara supaya memulakan kerja untuk memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis. – MalaysiaGazette
















