SAO PAULO – Sekurang-kurangnya sembilan maut, 14 lagi cedera dalam rusuhan di penjara di Goias.

Insiden itu turut mengakibatkan lebih 100 banduan melarikan diri.

“Sekumpulan banduan berjaya menguasai satu bahagian di dalam penjara yang kebanyakannya dihuni ahli kumpulan geng, lalu mencetuskan rusuhan dan kebakaran,” kata sumber dari pihak berkuasa dipetik sebagai berkata.

Kebakaran turut berlaku akibat rusuhan itu bagaimanapun ia berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba.

Dilaporkan polis berjaya menahan 29 daripada 106 banduan yang berjaya melarikan diri.

Sehingga Jun 2016, Brazil mempunyai 726,712 banduan dan jumlah itu yang ketiga tertinggi di dunia.

Jumlah itu dua kali ganda lebih tinggi daripada kapasiti yang mampu ditampung pada 2016, iaitu 368,049 banduan. -MalaysiaGazette