Kevin de Bruyne menjadi sasaran Belanda bagi mengembalikan maruah bola sepak skuad Oranje di pentas antarabangsa.The Sun

LONDON – Pep Guardiola memuji karakter yang ditunjukkan oleh bintang tengahnya, Kevin De Bruyne, menjelang aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Pengurus Manchester City itu mendedahkan De Bruyne memujuknya bahawa dia bersedia untuk beraksi menentang Watford City walaupun berdepan masalah lutut.

Bintang antarabangsa Belgium itu terpaksa dikeluarkan padang selepas diterjah keras Jason Puncheon lima minit sebelum perlawanan bertemu Crystal Palace tamat dengan keputusan seri tanpa gol.

Dalam aksi semalam menentang Watford, De Bruyne tidak menunjukkan sebarang kesan akibat terjahan keras, apabila dipilih pemain terbaik perlawanan selepas membantu City menang 3-1.

“Kevin menunjukkan karakter terbaik. Dia mempamerkan aksi luar biasa sebentar tadi,” kata Guardiola.

Kemenangan malama tadi meletakkan City selesa di puncak takta liga dengan perbezaan 15 mata daripada pesaingnya Manchester United.- MalaysiaGazette