Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat orang Islam yang kafir.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian sebagai serangan balas terhadap Presiden Pas berkenaan, lapor sebuah laman portal hari ini.

Menurut laporan itu, Mahathir terus mengecam Abdul Hadi kerana kerjasama akrab yang dijalinkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Orang yang menyalahgunakan Islam ialah Hadi. Hadi dalam amanatnya mengatakan kerajaan (yang ada) ialah sebuah kerajaan kafir dan ia wajar ditentang dan kalau mati dalam perjuangan, masuk syurga.

“Itu janji dia dan ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu lagi.

Justeru, Abdul Hadi juga seorang ‘kafir’ kerana berbaik dengan UMNO, tambah Mahathir.

Bekas perdana menteri itu turut memndakwa, Abdul Hadi bayak ‘membantu’ Najib untuk memecahbelah undi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang meskipun tahu BN akan hilang banyak kerusi.

Terdahulu menurut laporan itu, Mahathir menyentuh berkaitan isu Amanat Hadi pada tahun 1981 yang menurutnya mengkafirkan kerajaan ketika itu.

Pas bagaimanapun mempertahankan amanat yang diambil daripada ucapan Abdul Hadi sebagai sesuai pada ketika itu terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir. – MalaysiaGazette