Datuk Seri Johan Abdullah

KUALA LUMPUR – Bayaran haji kekal RM9, 980 walaupun kerajaan Arab Saudi melaksanakan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata, perlaksanaan VAT di sana tidak memberi impak secara langsung kepada operasi pihaknya.

“Perlaksanaan cukai tersebut tidak memberi impak secara langsung kepada jemaah haji muassah kali pertama kerana bayaran haji kekal RM9, 980,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, menurut Johan, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung TH dijangka meningkat kepada RM400 juta seperti yang diumumkan sebelum ini.

Menurutnya, dalam mendokong aspirasi kerajaan menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa, TH sejak tahun 2009 telah menanggung lebih daripada RM1 bilion subsidi haji.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast