Home Dunia 2 pesawat terbakar selepas bertembung

2 pesawat terbakar selepas bertembung

Pesawat Sunwing yang rosak selepas bertembung dengan Westjet di Lapangan Terbang Pearson di Toronto. foto Agensi

TORONTO – Beratus-ratus penumpang dipindahkan di Lapangan Terbang Pearson Toronto selepas sebuah pesawat yang ditolak dari pintu pagar bertembung dengan sebuah pesawat lain yang tiba.

WestJet Airlines dalam satu kenyataan berkata, perlanggaran antara kedua-dua pesawat Sunwing Airlines dan Westjet Airlines itu mengakibatkan kebakaran.

Pasukan keselamatan yang bergegas memadamkan api berjaya mengawal kebakaran.

Semua penumpang selamat, saksi melaporkan.

Lapangan Terbang Pearson menerusi Twitter berkata, semua petugas kebakaran dan kecemasan telah bertindak cepat dalam insiden yang berlaku di Terminal 3. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast