Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang masih kekurangan 20,000 tenaga kerja, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, jangkaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) seramai 50,000 orang akan kehilangan pekerjaan pada tahun ini, tidak berlaku di Pulau Pinang.

“Pemberhentian pekerja seramai 50,000 di Malaysia yang didakwa oleh MEF tidak berlaku di sini,” katanya melalui rakaman video di Facebook.

Sebaliknya, Guan Eng berkata, Pulau Pinang mengunjurkan pertumbuhan ekonomi lebih 6.0 peratus dengan menyaksikan kenaikan memerangsangkan dalam segmen pembuatan.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama, Pulau Pinang merekodkan pelaburan sejumlah RM9.9 bilion, kenaikan sekali ganda berbanding RM4.3 bilion pada tahun sebelumnya.

Berbanding di bandar-bandar lain yang menyaksikan penurunan dalam sektor pelancongan tetapi di Pulau Pinang masih mencatatkan kenaikan di bahagian pulau dan seberang.

“Kadar penginapan hotel-hotel lima bintang juga menyaksikan kadar 75 peratus,” tambahnya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga sesak dengan menyaksikan lebih kapasiti 6.5 juta pelancong.

“Kita sudah melebihi kapasiti pada tahun 2016 dengan 6.7 juta penumpang, sedangkan unjuran 6.5 juta itu disasarkan pada tahun 2020,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast