Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat Barisan Nasional (BN) sudah
Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat Barisan Nasional (BN) sudah "tidak wujud" dan pakatan politik itu perlu dibubarkan.
PADANG RENGA – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta rakyat untuk tidak mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana pakatan pembangkang terbukti bercempera.

“Masing-masing (parti pembangkang) bertelagah sesama sendiri dan kalau nak selamatkan negara pilihlah parti yang ada ketentuan iaitu BN (Barisan Nasional) yang membawa keamanan, kesejahteraan dan kekayaan ekonomi kepada rakyat, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Eksklusif Penerangan, Penjelasan dan Pencerahan Isu-Isu Semasa di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubang Panjang, Lubok Merbau, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata tuduhan dan fitnah dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memakan dirinya sendiri.

“Dr M yang menuduh perdana menteri dengan pelbagai tuduhan kini berada dalam keadaan dia dikeji oleh masyarakat, termasuk ahli parti masing-masing (parti pembangkang) yang mengeluarkan kenyataan yang menghina beliau,” katanya.

Ketika ditanya berhubung PRU14, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta anggota Parlimen Padang Rengas berkata beliau menjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada sekitar April.

“Ini kerana Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada Rabu lepas menetapkan sesi persidangan Parlimen ke-6 dan yang terakhir akan bersidang pada 5 Mac hingga 4 April tahun ini.

“Jarang sekali ketika Parlimen bersidang, (Parlimen) dibubarkan,” katanya.

Mandat kerajaan Persekutuan diterajui BN akan berakhir pada 24 Jun ini.- BERNAMA