BERLIN – Pihak berkuasa Switzerland menahan seorang lelaki berusia 80 tahun kerana disyaki merompak sebuah bank di Lucerne.

Pendakwaraya Lucerne berkata, lelaki yang ditahan pada hari berikut di daerah Lucerne mengaku melakukan rompakan bank di bandar Meggen pada Disember lalu, lapor AP.

Nama Suspek tidak didedahkan selari dengan undang-undang privasi dan maklumat lanjut tidak diperolehi setakat ini.

Pada hari kejadian, polis menyiarkan gambar suspek yang menunjukkan dia memakai topeng bewarna hitam, menggenggam beg plastik biru berisi wang sebelum melarikan diri.

Mereka berkata, adalah tidak jelas sama ada dia bersenjata dan berapa jumlah rompakan itu. – Agensi