Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memeriksa perbarisan Jabatan Imigresen ketika hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Kompleks D, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 11 JANUARI 2018

PUTRAJAYA – Tidak perlu ugut Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat Big Blue Taxi Service Sdn Bhd , Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini bahawa pemandu teksi dalam negara akan menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang jika kerajaan gagal menyelesaikan isu perkhidmatan Uber dan Grab yang menjejaskan pendapatan kumpulan itu.

“Tidak perlu ugutan, kita tidak akan pernah takut dengan sebarang ugutan,” ujarnya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri.

Zahid dalam masa yang sama berkata, beliau akan mengarahkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengadakan perjumpaan dengan Big Blue Taxi Service bagi menyelesaikan isu tersebut.

Terdahulu Shamsubahrin berkata, pemandu teksi tidak gembira dengan dengan kadar tambang Uber dan Grab yang lebih rendah daripada teksi dan perkhidmatannya yang masih tidak jelas. -MalaysiaGazette

Comments are closed.