KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak bawah 23 (B-23) kebangsaan mencipta sejarah apabila layak ke peringkat suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 di Stadium Kunshan, China sebentar tadi.

Malaysia yang pertama kali layak ke kejohanan itu sebelum ini berada di kedudukan tercorot kumpulan selepas mengumpul satu mata hasil satu menang dan seri.

Namun Danial Amier Norhisham muncul wira negara apabila jaringan pada separuh masa pertama itu kekal hingga ke akhir perlawanan yang mendebarkan.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim wajar berbangga kerana menjadi pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara layak ke suku akhir.

Jiran Thailand terlebih dahulu tersingkir selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan B apabila tewas semua perlawanan.

Nasib Vietnam pula hanya dapat diketahui esok apabila mereka bakal bertemu Syria dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Changshu esok. – MalaysiaGazette