WASHINGTON – Donald Trump menafikan tentang penempatan semula Kedutaan Amerika Syarikat di Israel ke Baitulmaqdis akan mengambil masa setahun.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika bercakap kepada wartawan negaranya di semasa lawatannya ke India memaklumkan: “Pada penilaian saya ia (perpindahan) akan berlaku lebih cepat daripada apa yang anda fikirkan…setahun dari sekarang.

Mengulas kenyataan Netanyahu itu, Trump berkata: ” Akhir tahun ini? Kita bercakap mengenai senario yang berbeza – saya bermaksud ia mungkin sementara. Kita tidak melihatnya. Ia bukan,”.

Pada awal Disember lalu, Trump membuat pengumuman kontroversi apabila mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan menyusun proses pemindahan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv.

Pengisytiharan itu memburukkan usaha damai Timur Tengah dan mengganggu dunia Arab dan sekutu Barat.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson pada bulan lalu berkata, perpindahan baru itu mungkin tidak mungkin lebih awal dari tiga tahun kerana negara itu memerlukan masa untuk mencari lokasi, mengatur logistik dan sebagainya. – MalaysiaGazette