Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

WASHINGTON – Pakar Kardiologi yang tidak ada kaitan dengan White House mendakwa peperiksaan fizikal Presiden Donald Trump mendedahkan kebimbangan masalah jantung yang serius, termasuk paras kolesterol tidak baik (LDL) yang sangat tinggi.

Kenyataan itu dibuat selepas Dr Ronny L. Jackson, seorang doktor tentera yang bertugas di White House memaklumkan tahap kesihatan Trump adalah baik walaupun mempunyai tahap kolesterol LDL 143, jauh melebihi paras 100 atau kurang.

Dr Eric Topol, seorang ahli kardiologi di Institut Penyelidikan Scripps, mempertikaikan penilaian kesihatan yang dilakukan oleh Jackson.

Kara Topol, fakta yang paling membimbangkan adalah tahap kolestrol tidak baik presiden kekal di atas 140 walaupun beliau mengambil 10 miligram Crestor, ubat yang kuat untuk menurunkan tahap kolesterol.

“LDL yang sangat tinggi. Kami bercakap mengenai seorang lelaki berusia 70 tahun yang gemuk dan tidak bersenam. Melihat kepada penilaian makmal, anda akan menaikkan bendera merah yang besar,” kata Topol, sambil mengulangi kebimbangan pakar jantung lain yang meneliti laporan Jackson. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast