Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan bersama wakil media Ibupejabat Polis Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas membuat laporan polis ekoran ugutan bunuh terhadapnya hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mendakwa menerima mesej ugutan bunuh.

“Celaka, someone SMS me suruh saya diam atau mati. I answer that idiot, tengok siapa mati dulu,” katanya dalam status media sosialnya hari ini.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Perda, Bukit Mertajam di Pulau Pinang hari ini.

Cheng Guan yang juga bekas ahli parlimen itu sebelum antara individu selalu mengkritik kepimpinan DAP termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.- MalaysiaGazette