RIYADH – Tidak semua unta memiliki bulu mata yang lentik, bibir yang mencebik dan kesempurnaan bonggol.

Sedozen unta dilarang menyertai pertandingan kecantikan Festival Unta Raja Abdulaziz di Arab Saudi selepas haiwan itu disuntik dengan Botox, menurut akhbar, National.

National melaporkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$57 juta dengan AS31.8 juta dipeuntukan bagi ‘kecantikan’.

Bagaimanapun beberapa individu cuba menipu sistem itu dengan meningkatkan kecantikan asli binatang tersebut.

“Mereka menggunakan Botox untuk bibir dan hidung, malah rahang.

“Ia membuatkan kepala lebih kembung dan apabila untu itu masuk ia seperti ‘Oh, lihat betapa besar kepalanya. Ia mempinyai bibir yang tebal dan hidung yang besar,” kata penternak terkenal, Ali Al Mazrouei kepada akhbar itu.

Media Arab Saudi melaporkan seorang doktor haiwan didapati melakukan pembedahan wajah ke atas unta dengan memberi haiwan itu Botox untuk menjadikan telinga lebih kecil semasa festival yang berlangsung sepanjang Januari, lapor National.

Pemimpin pertandingan kecantikan itu, Ali Obaid memberitahu National bahawa mereka yang menipu juga ‘menarik bibir unta terbabit’.

“Mereka menariknya setiap hari bagi membolehkannya menjadi lebih panjang. Mereka juga menggunakan hormon bagi pembinaan otot dan (menggunakan) Botox untuk menjadikan kepala lebih besar. Semua orang mahu menjadi pemenang,” katanya kepada akhbar tersebut.

Malah terdapat pengendali unta menyapu haiwan itu dengan minyak bagi menjadikan kulit lebih hitam, menurut National. – Agensi