"DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima menghadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam bagi mempersembahkan edisi khas wang kertas peringatan bersempena Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ia terdiri daripada set wang kertas RM600 dan RM60. Wang kertas peringatan yang dipersembahkan kepada DYMM Tuanku adalah dalam tiga jenis iaitu wang kertas sekeping RM600, wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60, dan wang kertas sekeping RM60."