Home Dunia Pengasas Ikea meninggal dunia

Pengasas Ikea meninggal dunia

Ingvar Kamprad

SWEDEN – Pengasas Ikea, Ingvar Kamprad meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Ikea dalam kenyataannya berkata, Kamprad meninggal dunia di kediamannya di Smaland.

Ikea adalah sebuah jenama rangkaian perabot dan Kamprad merupakan individu pertama memperkenalkan konsep perabot yang dibungkus secara rata.

Kamprad juga adalah seorang usahawan terbaik dalam abad ke-20, dilahirkan di Smaland pada tahun 1926, mengasaskan Ikea pada usia 17 tahun.

Meskipun mengalami dyslexia, Kamprad adalah seorang pelajar yang cemerlang di sekolah.

“Kamprad bekerja sehingga akhir usianya,” kata Ikea dalam kenyataannya meskipun beliau sudah melepaskan jawatan dalam lembaga syarikat pada tahun 2013 pada usia 87 tahun.

Ikea yang dibuka pada tahun 1943 kini memiliki 389 buah cawangan di seluruh dunia dengan jumlah jualan sebanyak 36.4 bilion euro atau AS$43 bilion pada tahun 2016. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast