Foto Instagram Adam Lallana.

LONDON – Selepas hampir sebulan meninggalkan Liverpool, Philippe Coutinho baru berkesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukannya.

Dia tiba di Melwood semalam dan disambut oleh Adam Lallana.

Lallana memuat naik gambar mereka menerusi akaun Instagram sebaik menerima kunjungan pemain berusia 25 tahun itu.

“Dia kembali untuk mengucapkan perpisahan… pemain yang mempunyai kelas si genius kecil @phil.coutinho,” tulis Lallana pada kapsyen gambar itu.

Coutinho itu menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan £145 juta (RM792 juta) awal bulan ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu tiba selepas kemenangan Barcelona ke atas Alaves pada Ahad berkesudahanan kemenangan 2-1 milik Barcelona sebelum diganti pada minit ke-66.

Tidak lama sebelum Coutinho meninggalkan Liverpool, Virgil van Dijk meninggalkan Southampton dan menyertai kelab itu pada Januari 2018. – MalaysiaGazette