Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Honda mengesahkan seorang pemandu yang meninggal dalam kemalangan pada 1 Januari lalu di Selangor adalah disebabkan kerosakan pada pelonjak beg udara pemandu.

Dalam kenyataanya, Honda berkata, siasatan polis menunjukkan pelonjak pada kereta Honda City keluaran 2004 itu rosak.

Jelasnya, kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan tersebut merupakan sebahagian daripada produk Malaysia yang telah dipanggil semula seperti mana yang pernah diumumkan pada 21 Mei 2015.

Ini kerana kenderaan-kenderaan tersebut perlu diganti dengan set beg udara yang baharu.

“Surat-surat telah dihantar untuk memaklumkan pemandu yang berada dalam pangkalan data kami untuk menghantar semula kenderaan mereka bagaimanapun pemandu berkenaan tidak menerima surat tersebut kerana berlakunya pertukaran hak milik.

“Rekod kami menunjukkan penggantian beg udara tersebut tidak berlaku,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.