NEW YORK – Penyanyi tersohor, Rihanna menggunakan kuasa popularitinya untuk mendesak dana pendidikan bagi golongan miskin di dunia ditambah.

Beliau menggunakan Twitternya menggesa Macron, Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull untuk menetapkan satu jumlah peruntukan untuk pendidikan.

Katanya peruntukan AS$ 313 juta (RM1.2 bilion) terhadap usaha itu perlu diteruskan.

Rihanna tiba di ibu kota Dakar dijadual menyertai rundingan Perkongsian Global untuk Pendidikan yang dihoskan oleh Presiden Senegal Macky Sall dan pemimpin Perancis, Emmanuel Macron Jumaat.

Persidangan Dakar yang menyatukan kerajaan dan sektor swasta, bertujuan mengumpulkan AS$ 3.1 bilion (RM12 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyokong pendidikan bagi 870 juta kanak-kanak.

Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sejumlah 264 juta kanak-kanak dan remaja yang sepatutnya bersekolah masih hidup tanpa pendidikan kerana kemiskinan, konflik dan halangan sosial termasuk berat sebelah terhadap wanita.

Penyanyi kelahiran Barbados yang popular dengan lagu ‘Diamonds’ dan ‘Only Girl (In the World) itu menubuhkan Yayasan Clara Lionel yang berfungsi untuk mengumpul dana termasuk biasiswa untuk belajar di universiti Amerika Syarikat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast