PUTRAJAYA – Tiada apa yang menggembirakan Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang diserang angin ahmar sejak 16 tahun lalu selain dapat menunaikan haji pada tahun ini.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Bagan Pulau Pinang itu tidak menyangka pada usia 63 tahun, beliau berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan melengkapkan rukun Islam yang kelima.
“Saya diserang angin ahmar tahun 2020 sampai sekarang, saya duduk di kerusi roda. Saya bersyukur dalam keadaan saya begini, saya dipilih untuk pergi menunaikan haji,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Terharu dengan peluang yang diterimanya, beliau menganggap dirinya sebagai intan yang terpilih.
“Saya umpama intan terpilih dalam berjuta-juta,” ujarnya yang sebak.
Hari ini Ku Abdul Rahman bersama-sama 1199 imam dan ahli JKKK seluruh negara menerima tawaran menunaikan haji dari Yayasan 1MDB.
Kesemua mereka dijangkakan menunaikan haji pada bulan Julai nanti.
Beliau yang juga veteran askar itu berharap dirinya dapat menunaikan ibadah dengan lengkap dan bertenaga kelak.

Imam di sebuah kampung di Kuching Sarawak, Nasri Abdul Salim pula menyifatkan tawaran haji Yayasan 1MDB ini cukup menggembirakan hatinya dan menamatkan penantian untuk menunggu gilirannya pada tahun 2035.
“Kalau ikutkan saya dijadualkan dapat pergi haji pada tahun 2035 baru. Syukur alhamdulillah atas program ino saya dapat pergi awal. Program ini banyak beri manfaat kepada yang kurang berkemampuan seperti yang lain,” kata Nazri, 44.
Berbeza pula dengan Sufian Nordin, 43 yang langsung tidak membuat perancangan untuk ke Mekah dalam waktu terdekat ini.

Namun, ujarnya, perancangan Allah yang membuka peluang terhadapnya disambut dengan rasa kesyukuran.
“Saya sebelum ini tidak ada perancangan tidak ada niat untuk pergi dalam masa yang terdekat. Tapi ini perancangan Allah dan saya terima rezeki ini dengan gembira.
“Bukan senang hendak dapat pergi, ada orang yang sudah lama menunggu sampai sekarang tak dapat lagi,” kata Ahli JKKK itu lagi. – MalaysiaGazette

















intan terpilih jangan lupa undi umno bn . biar lengkap Bokti rasuah dalam ibadah . jangan lupa juga sebab 1MDB bolih haji free . tawwaf tu anggap Najib ada dalam kaabah .