Gambar hiasan

KUCHING – Seramai 320 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di negeri ini setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, semua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga bahagian di negeri ini.

“Di Kuching, seramai 281 mangsa daripada 58 keluarga di tempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu, Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal dan SMK Tabuan Jaya,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, di Samarahan pula, 23 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Dewan Pembangunan Sebuyau.

“Di Serian, sebanyak 16 mangsa daripada lima keluarga kini berada di Dewan Betong Kenawit, Kampung Betong Kenawit,” katanya. – Bernama