Home Dunia Bekas Presiden minta AS, India jangan campur tangan di Maldives

Bekas Presiden minta AS, India jangan campur tangan di Maldives

MALE – Bekas Presiden Maldives dan pembangkang, Mohamed Nasheed menggesa Amerika Syarikat (AS) dan India membantu menyingkirkan presiden negara itu kerana mendakwa beliau secara ‘tidak sah’ mengisytiharkan undang-undang tentera.

Nasheed, pemimpin dalam buangan Maldives berkata, Presiden Abdulla Yameen secara tidak sah mengisytiharkan undang-undang tentera serta menakluk negara itu.

“Kita perlu menyingkirkan beliau (Yameen) daripada berkuasa. Rakyat Maldives membuat permohonan sah kepada kerajaan dunia terutama kepada India dan AS,” kata Nasheed menerusi kenyataan dikeluarkan partinya hari ini.

Terdahulu, hakim atasan Maldives ditahan ketika pasukan keselamatan menyerbu Mahkamah Agung pada awal pagi, menyemarakkan lagi konfrontasi dengan Yameen yang mengisytiharkan darurat di kepulauan bulan madu bermasalah itu.

Penahanan Ketua Hakim Abdulla Saeed dan seorang lagi hakim Mahkamah Agung meningkatkan kemungkinan pertembungan dramatik selepas Yameen enggan patuh dengan arahan membebaskan sembilan penentang politik.

Polis berkata, kedua-dua hakim disiasat atas tuduhan rasuah dan pentadbir atasan mahkamah turut ditahan.-MalaysiaGazette