Antonio Conte

ENGLAND – Tugas Antonio Conte sebagai Pengurus Chelsea kini dalam keadaan tidak selamat dan masa depannya kini tidak menentu.

Situasi itu berlaku selepas The Blues dimalukan 4-1 oleh Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Kekalahan itu hadir 24 selepas Pengurus warga Itali itu meminta pemilik kelab Roman Abramovich menyokong beliau di Stamford Bridge.

Tetapi Abramovich difahamkan sudah bersedia untuk memecat Conte dan menyenaraikan Carlo Ancelotti dan Luis Enrique sebagai penggantinya.

Conte diramal dipecat sebagai pengurus Chelsea menjelang esok.

Namun Conte berkata;”Saya tidak risau dengan tugas saya. saya bekerja keras setiap hati dan memberi 120 peratus kerjasama.

“Sekiranya kelab merasakan ia mencukupi, tidak mengapa, melainkan kelab boleh mengambil keputusan lain.

“Sekiranya kelab merasakan ia mencukupi, tidak mengapa, melainkan kelab boleh mengambil keputusan lain tetapi saya tidak risau tentang itu.tetapi saya tidak risau tentang itu.

“Esok adalah hari lain, sama ada saya boleh menjadi jurulatih Chelsea ataupun tidak apa masalahnya.

“Pendirian saya sangat jelas yang mana saya cuba melakukan segala yang terdaya denganĀ  baik.

“Sekiranya kelab merasakan ia tidak memadai, mereka boleh mengambil keputusan yang dianggap sesuai selepas ini.

“Yang pasti saya sangat kecewa dengan kedudukan skuad terkini, aksi kami pada malam ini sangat teruk,” tegasnya.

Bekas Pengurus Itali itu berkata, skuadnya berdepan Watford dalam keadaan takut.

“Saya rasa ini merupakan situasi paling teruk yang dapat saya saksikan sebagai jurulatih.

“Untuk bermain bola sepak di kelab yang terbaik kamu harus memiliki personaliti yang baik,” ujarnya.

Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah Bakayoko dilayangkan kad merah dan diarahkan keluar padang 30 minit selepas separuh masa pertama.

Watford beraksi cemerlang apabila Troy Deeney meletakkan pasukannya di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-42.

Conter terkejut apabila pasukannya membolos tiga gol dalam masa 10 minit pada babak kedua.

Nasib sama berlaku kepada Jose Mourinho semasa menerajui Chelsea pada tahun 2015 apabila didakwa telah dikhianati oleh pemain sendiri sebelum dipecat Abramovic walaupun membantu Chelsea menjulang gelaran EPL pada musim tersebut. – MalaysiaGazette