MALE –  Presiden Maldives, Abdulla Yameen bertindak menghantar beberapa wakil ke negara termasuk China, Pakistan dan Arab Saudi bagi menjelaskan keadaan terkini krisis politik yang sedang melanda negara itu.

AFP melaporkan, bagaimanapun Abdulla mengenepikan beberapa negara kuasa besar yang bertindak mengecam tindakan beliau menahan beberapa hakim utama Maldives sebelum ini.

Antara negara yang mengecam tindakan kerajaan Maldives termasuk India, Amerika Syarikat (AS), Britain dan India, selain dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

India antara negara yang mengecam keras tindakan Abdulla yang telah sekian lama memiliki pertalian politik dan keselamatan dengan negara pulau itu sebelum ini berusaha menyekat China dari meluaskan penerokaan mereka di Maldives.

Menurut satu kenyataan di laman web Presiden itu, beberapa anggota kabinet akan melawat negara-negara yang bersahabat dengan Maldives bagi membincangkan dengan terperinci situasi semasa negara terbabit.

Antara wakil dihantar Yameen ialah Menteri Pembangunan Ekonomi, Mohamed Saeed ke China, Menteri Luar Mohamed Asim ke Pakistan serta Menteri Perladangan dan Perikanan, Mohamed Shainee ke Arab Saudi.

Maldives yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia yang turut di rebut oleh India dan China selepas menandatangani inisiatif Satu Jalur Satu Jalan bagi membina rangkaian perhubungan dan perdagangan merentasi Asia.

Kelmarin, bekas Presiden Maldives, Maumoon Abdul Gayoom yang pernah memerintah negara ini untuk 30 tahun ditahan di kediamannya di ibu kota Male hari ini.

Penahanan itu dilakukan oleh oleh abang tiri Maumoon, iaitu Abdulla turut membuat pengumuman perintah darurat di negara ini selama 15 hari.- MalaysiaGazette