Home Politik Muhyiddin, Mukhriz nak mengaku menyamun? Anina

Muhyiddin, Mukhriz nak mengaku menyamun? Anina

Anina Saadudin

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertikaikan dana yang digunakan oleh Presiden dan Timbalan Presiden parti itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Mukhriz Mahathir untuk kelangsungan parti.

Anina Saadudin menerusi posting Facebooknya mengajukan soalan kepada kedua-dua pemimpin tertinggi itu menggerakkan PPBM dengan wang diambil sewaktu berada dalam UMNO.

“DEDAK? Tanya TSMY dan DSMM mana dapat duit gerakkan PPBM? Mereka dapat DEDAK atau mereka nak mengaku dulu mereka MENYAMUN?,” katanya.

Anina berkata demikian dipercayai sebagai respon dakwaan yang dilemparkan terhadapnya selepas meninggalkan PPBM dan kini semakin galak menyerang parti tersebut.

Selepas meninggalkan parti itu atas alasan perjuangan yang semakin terpesong, beliau juga pernah mendakwa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘pemain’ wayang kerana kini bekerjasama dengan parti yang selama ini dimusuhinya khususnya DAP dan PKR. -MalaysiaGazette